Setiap cerita bermula dengan
"Pada suatu hari..."
Dan, Ini adalah cerita Pada suatu Hari Aku...
Beberapa tahun kebelakangan ni, hidup umpama menanti sebuah kematian...Menghabiskan masa di dlm sebuah bilik yg aku rasa paling selamat tuk ku diami, iaitu bilik aku!...
Setiap hari ku hanya menghabiskan masa dgn berdiam diri, berkurung dan merasakan semuanya kosong sahaja..
Tidak punya idea atau apa2 panduan tuk buat sesuatu dlm hidup... huhu=(
kadang, ada suatu hari aku berasa aku akan baring dan tidur di atas katil dan takkan pernah bangun2 lagi selepas itu... Setiap hari dan takkan berbeza tuk hari2 yg akan datang... Huh!!!
Aku bukan lah seorang yg alim ulama, tetapi aku percaya setiap orang yg hidup di dunia ini punya tujuan dalam hidup masing2...
Tapi, aku masih di sini... mencari apa sebenarnya erti hidup ku...
Aku percaya akan adanya Pencipta... Selepas itu, ku percaya wujudnya Cinta...
Ya... Setiap orang berhak untuk menikmati kebahagian dalam hidup... tapi, aku selalu bertanya pada diri sendiri, apakah benar ia memang wujud???
Apa yang perlu kt lakukan hanya dengan bersabar dan menunggu sahaja???... Maksud, ada berjuta orang di luar sana yang sedang menunggu dan menanti hadirnya sebuah kebahagiaan???? Betul kan???
Jadi, macam mana???
Benarkah kebahagiaan itu akan datang dalam hidup kita slps bersabar sekian lama???
Atau ia sesuatu yang mesti kita cari, korek dan perlu dibayar dengan sebuah pengorbanan??? Ya, tidak dinafikan ada orang yang berjaya menjumpai kebahgiaan sendiri atas segala usaha yang telah dilakukannya sekian lama....
Hmm... kadang kita dapat melihat kebahagiaan di wajah mereka tetapi adakah itu yg sebenarnya mereka rasai?? kita tidak tahu apa sebenarnya yang berada dalam hati mereka...
Kita selalu melihat drama atau movie yang sentiasa berakhir dengan kebahagiaan... tp, drama dan movie itu sudah diolah dan ditentukan.. Hidup kita??? kita tidak akan pernah tahu apa yg akan berlaku di kemudian hari.... itu yg sentiasa bermain di mindaku...
adakah benar wujud seseorang di luar sana yang sememangnya ditentukan uat kita? ditakdirkan untuk kita selamanya??? Seseorang yg penuh keikhlasan, kesetiaan dan kejujuran yang mana hanya akan mencintai kita seadanya diri kita???? tanpa mengharap sesuatu dari kita?? Adakah orang sebegitu benar2 wujud???
Atau kita perlu hidup dalam kepura-puraan... berpura-pura bahagia di depan orang padahal sebenarnya kita tidak???
Dan selepas itu, kita harus melalui kedukaan dan kesedihan berpanjangan dan memujuk diri kita semula tuk memulakan sebuah kehidupan yg baru dan melupakan semua semudah petik jari sahaja... oh... tidak sama sekali...
kalu sememangnya cinta dan kebahagian itu wujud buat ku, here i come... aku akan memberikan semuanya yang aku cari dalam hidup ini dan berbahagia selamanya...
dan dengan itu, aku akan "memulakan sebuah kehidupan yang baru"..
Itulah sebuah kehidupan...


No comments:
Post a Comment